PEMBUKA BICARA


Salam sejahtera kepada semua pembaca, saya Lidya Mundu semoga kita dapat berkongsi segala maklumat yang kita perolehi. Berkongsi pengalaman dan ilmu adalah kelakuan yang baik. Hal ini demikian kerana, kita tidak bersifat dengki dengan orang lain. Kemungkinan maklumat yang orang dapat tidak sama dengan yang kita perolehi. berkongsi pengetahuan adalah perkara yang mulia. berkongsi segala ilmu membolehkan kita mendapat pelbagai lagi pengetahuan di samping meningkatkan kemahiran yang kita perolehi. Selain itu, kelakuan yang berbudi bahasa juga penting kerana menunjukkan keperibadian diri seseorang. Dengan itu, amalkanlah perkara yang akan memberi manfaat kepada kita agar mendapat balasan yang baik juga. Saya memohon maaf sekiranya ada ungkapan yang menyinggung perasaan. Dengan itu, sekian terima kasih.