EKONOMI


~ teori perkembangan ekonomi ~


TEORI PERKEMBANGAN EKONOMI (ADAM SMITH)
Secara fitrahnya sesuatu yang hidup akan mengembang dan membesar. Perkembangan dan pertumbuhan berkait rapat denagn faktor masa. Perkembangan dan pertumbuhan juga tidak hanya memakan masa hanya seminit dua, tetapi memakan masa bertahun malah berabad.
Contoh yang paling dekat dengan diri kita sendiri. Manusia juga melalui tempoh perkembangan dan pertumbuhan. Perkembangan dari janin, menjadi bayi, kemudian menjadi seorang kanak-kanak seterusnya pula remaja dan dewasa. Itulah dikatakan perkembangan dan pertumbuhan. Perubahan sesuatu. Maha Suci ALLAH menjadikan kita hambaNya yang sentiasa mengecapi nikmat-nikmatNya. Terutama nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah.
Pertumbuhan dan perkembangan bukan sahaja berlaku pada diri manusia, malah  ekonomi juga mengalami perkara yang sama. Bagaimana ekonomi boleh dikatakan berkembang sedangkan ekonomi tidak memilki jasad dan fizikal secara zahir? Perkembangan ekonomi boleh dilihat melalui perkembangan beberapa perkara yang menjadikan ekonomi juga turut berkembang.
Pelbagai teori yang dikemukakan berkaitan perkembangan ekonomi ini. Malah ramai tokoh melahirkan idea-idea mengenai perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Sebenarnya perkembangan ekonomi ini dihasilkan dengan wujudnya beberapa faktor.
Seperti contoh tadi, perkembangan manusia berlaku pada setiap manusia. Faktor mendorong berlakunya pertumbuhan terhadap manusia seperti makanan, suasana persekitaran, ginetik dan sebagainya. Begitu juga ekonomi. Memerlukan kepada faktor lain untuk berkembang.
Bagi Adam Smith, beliau menyatakan bahawa ekonomi berkembang dengan 3 faktor utama. Faktor perkembangan ekonomi yang pertama ialah faktor pembangunan dalam sesebuah Negara. Pembangunan Negara akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi.
Pembangunan merupakan salah satu proses perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Dengan pembangunan, pasaran ekonomi akan menjadi semakin luas. Pembangunan pula berlaku kerana  berlaku pertambahan penduduk di dalam sesebuah Negara. Semakin ramai penduduk di sesuatu tempat, maka akan membawa kepada peningkatan pembangunan Negara. Negara yang membangun pula akan membawa kepada perkembangan ekonomi.
Faktor kedua yang mendorong berlakunya pertumbuhan ekonomi ialah faktor tabungan. Semakin banyak rakyat menabung, semakin banyak pelaburan boleh dijalankan. Kerajaan juga mempunyai banyak sumber kewangan untuk membiayai projek-projek yang membawa kepada pembangunan. Apabila banyak projek-projek pembangunan dibangunkan, maka ekonomi  akan terus berkembang dan bertumbuh.
Seterusnya pula fakator yang terakhir yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi ialah pengkhususan pekerjaan.  Apabila sebuah firma memiliki pekerja yang mahir dan khusus dalam sesuatu bidang, pengeluaran akan menjadi semakin efisyen dan lancar. Bila pengeluaran semakin banyak maka akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Pelbagai produk akan dikeluarkan malah produk tersbut menjadi berkualiti kerana dikeluarkan oleh pekerja yang berkemahiran tinggi. Keadaan ini akan meningkatkan pelaburan dan pengeluaran. Pasaran juga akan menjadi semakin luas, perdagangan antarabangsa juga akan berlaku. Import dan eksport semakin meningkat, seterusnya akan meningkatkan tahap perkembangan ekonomi Negara tersebut.
Inilah teori yang dikemukakan oleh Adam Smith dalam proses perkembangan ekonomi di dalam sesebuah Negara.
Kesimpulan bagi teori ini ialah peningkatan jumlah penduduk akan membawa kepada peningkatan jumlah tabungan. Jumlah tabungan yang bertambah akan membawa kepada peningkatan jumlah pelaburan yang mampu dilakukan untuk menmbiayai projek-projek pembangunan.
Semakin banyak projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan, maka pelaburan keatas projek tersebut juga akan bertambah. Keadaan ini akan membawa kepada perkembangan ekonomi dalam Negara tersebut. Inilah teori yang dikemukakan oleh Adam Smith.
Teori ini boleh diterima sebagai salah satu teori yang menyatakan mengenai tahap perkembangan dan pertumbuhan ekonomi.